Monday 4 March 2013

Patriotisma lawan Politiking melampau

Hari sudah melepasi tengah malam dan penulis baru balik dari satu sessi perbincangan dengan jentera PDM ( Pusat Daerah Mengundi ) yang telah menjemput penulis . Rasa mengantuk begitu terasa namun penulis ingin memberikan sedikit pandangan terhadap tajuk diatas .

Ramai yang tersentak diatas kenyataan Tian Chua yang telah di keluarkan setelah menerima berita kematian 2 anggota polis kita didalam menentang pencerobohan bersenjata tentera Sultan Sulu. Kenyataan Tian Chua yang mengaitkan kematian ini dengan sendiwara politik UMNO amat mengejutkan banyak pihak termasuk anggota parti Tian Chua sendiri .

Sebagai rakyat Malaysia dan Ahli Parlimen beliau tidak patut langsung mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan banyak pihak terutama keluarga si mati . Namun begitu umum pun sudah tahu sikap wakil2 rakyat Pembangkang yang didalam banyak peristiwa kelihatan nya tidak ' Patriotis' terhadap negara ini . Satu ketika dahulu puak ini juga mahu mempermainkan jalur gemilang semasa di ambang menyambut hari kemerdekaan untuk tahun 2012 , malah mahu menukarnya dengan bendera Nusantara .

Apabila politiking sudah melampau ini lah jadi nya .Setiap peristiwa di negara ini di kaitkan dengan politik mencemuh , mencaci sehingga ianya kelihatan seolah olah gulongan ini bertindak seperti  penderhaka atau pengkhianat.

Ramai yang berpendapat dan penulis amat bersetuju bahawa soal keselamatan jangan sekali kali di politikkan . Kalau ada yang berbuat demikian tindakan tegas harus di ambil ! Hukuman setimpal  dan selari dengan undang2 negara harus di ambil . Budaya negatif ini akan hanya memberi tauladan yang tidak baik kepada gulongan muda terutama generasi Y.

Penulis amat kagum dengan patriotisma rakyat Indonesia terhadap negaranya . Tanpa mengira perbedaan fahaman politik mereka kesemua terlalu patriotis  walaupun dari Agama dan Suku Kaum yang berlainan . Sehingga orang Indonesia yang berbangsa Cina juga akan menggunakan Bahasa Indonesia apabila berbicara dengan kaum keluarga atau teman sebangsa . Terlalu Patriotis mereka dengan bahasa resmi negara mereka .

Hatta di Amerika Sharikat pun rakyat negara ini amat Patriotis  . Ini dapat penulis rasakan kerana penulis pernah belajar di US semasa era perang dingin US dengan Soviet Union . Walau pun mereka Republikan atau Demokrat apabila soal keselamatan negara mereka suara mereka adalah satu dan padu !

Sesuatu harus di lakukan didalam menangani isu patriotisma yang telah menurun  ini . Adakah pembelajaran di sekolah rendah , menengah atau universiti telah mengabaikan perkara besar ini . . . . !
Untuk wakil rakyat tanpa mengira dari mana parti sekali pun mestilah di kursuskan kembali soal patriotisma ini .

Janganlah di sebabkan  politiking yang melampau kita menidakkan pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban didalam mempertahankan negara !

Berbalik dengan isu pencerobohan bersenjata tentera Sulu tadi , lapuran lapuran risik tentera Filipina yang mengaitkan pemimpin pembangkang seperti yang di lapurkan didalam media perdana dan elektronik hendaklah di siasat secara terperinci dan hasilnya perlu di dedahkan kepada rakyat Malaysia . Kita tidak mahu ada pengkhianatan terancang oleh rakyat negara ini sendiri !

No comments:

Post a Comment