Sunday 10 March 2013

Ngobrol kosong ( ngoko ) politik PRU 13

Kalau di kota Jakarta ngoko politik elit sering di lounge hotel Hyatt atau Shangrila tetapi tidak kurang juga di Kuala Lumpur ,  tempat tempat seperti Concorde , Seri Pacific , Legend , KL Hilton dan One World sering menjadi menjadi tumpuan . Untuk gulungan akar umbi pula restoran kopitiam , mamak , warung tomyam  dan nasi lemak menjadi tempat diskusi politik . Semua nya hangat dan kebanyakan ngoko politik yang berlaku di sekitar tajuk tarikh , calun dan majoriti kemenangan untuk BN maupun PR .

Soal tarikh telah menjadi perkara yang di ' spin ' keterlaluan oleh pembangkan didalam memberi persepsi negatif kepada BN dan PM . Yang di mainkan di akar umbi ialah BN di ambang kekalahan sehingga tidak berani memberi tarikh sehingga kini dan tarikh PRU sengaja di lambat lambatkan agar lebih banyak kontrak kerajaan di sapu oleh pemimpin BN . Di peringkat akar umbi ' counter ' kepada serangan ini oleh jentera BN lemah dan kurang beri keyakinan . Tidak kurang juga ramai yang tidak tahu menjawab nya . Lebih menyayat hati ada di antara pemimpin BN yang bersetuju dengan ' spin ' pembangkang malah menambah dengan menyatakan mereka dah letih dan peruntukan tidak di turunkan . Blog blog pro pembangkang memang mengutuk maksima . Kononnya menjejaskan ekonomi negara , ketidak tentuan perniagaan , pasaran saham yang lesu dan perasaan rakyat yang di permainkan . Ada yang menulis ketahap mahukan PR memasukkan penetapan tarikh PRU PRU akan datang di dalam manifesto mereka .

Soal calun juga menjadikan ngoko politik sangat menarik . Spekulasi calun sangat banyak di perkatakan . Ugutan Ketua Ketua Bahagian UMNO juga banyak di ceritakan secara terang terangan . Soal strategi menelanjangkan calun calun yang di kira potensi , cara cara melobi dan orang yang patut di lobi ,  agensi agensi yang memantau dan cara mempengaruhi mereka . Tidak kurang ada yang mengaku boleh mempastikan sesaorang itu boleh menjadi calun dengan bayaran bayaran tertentu . Penulis sungguh terperanjat dengan aspirasi kuat di kalangan yang bercita cita jadi wakil rakyat sehingga sanggup melakukan apa saja cara agar cita cita ini dapat di capai termasuk menggunakan perkhidmatan bomoh bomoh .

Kesungguhan PM dan jentera di peringkat negeri sungguh tidak dapat di pertikaikan lagi namun ia nya harus di sambut dengan cara yang sama di semua peringkat jentera . Untuk menang perkara remeh seharusnya tidak di perbesarkan dan jangan menjadikan rakan rakan kita musuh hanya kerana sangkaan palsu dan tomahan yang di permainkan dan saja di reka reka untuk menjatuhkan ' rating ' sebagai calun konon nya .Sesungguhnya fasa selepas PRU 13 juga harus dilakukan transformasi di dalam UMNO dan BN agar pemimpin yang akan di lahirkan selari dengan kriteria pemimpin yang di tuntut rakyat . Wallahualam .

Friday 8 March 2013

Membangun Negara - Perspektif Tun M

Jam baru menunjukkan 7:30 pagi , tanggal 6 Mac  penulis yang berbaring kembali setelah solat subuh di kejutkan dengan deringan telifon tangan yang diletak di meja tepi sebelah katil . Agak berdebar juga penulis kerana jarang menerima panggilan telifon di awal pagi begini . . . khuatir kalau ada berita kematian atau kecemasan di kalangan saudara terdekat . Rupa rupa nya ia adalah panggilan dari sahabat yang bernama Dato' Zaini Hasan seorang pengarang kanan dari Utusan Melayu yang begitu di kenali . Datuk Zaini menelifon saya dengan tujuan untuk menjemput saya didalam pelancaran buku beliau ' Cuit ' pada hari itu jam 2.30 petang .

Penulis sampai agak terlewat kerana kesesakan lalulintas iaitu jam 3 petang dan di waktu itu Tun Mahathir sedang berucap didalam ' Program  Bicara ' yang di anjurkan Biro Tata Negara ( BTN ) . Hadhirin yang datang begitu ramai sehingga dewan auditorium penuh sesak . Saya hanya dapat berdiri . Hadhirin yang hadhir rata rata adalah pegawai Tadbir dan Diplomatik yang masih muda iaitu di bawah umur 35 tahun . Penulis agak kagum dengan ketajaman fikiran dan daya menganalisa yang begitu kuat masih di punyai Tun .

Tun M , menerangkan keperluan mesyuarat post kabinet dan cara mendapatkan kerajaan yang berkesan .Ada beberapa perkara yang perlu di buat didalam memastikan segala yang di putuskan di peringkat kabinet dapat di laksanakan dengan baik . Perkara seperti ' work flow chart ' dan manual procedure dapat mengatasi kurangnya perlaksanaan yang berkesan .Beliau juga menerangkan betapa pentingnya pegawai kerajaan tidak memperlengahkan proses kerana ini boleh menjejaskan pembangunan negara ! Kerjasama pejabat kerajaan dan pihak swasta melalui Malaysia Incorporated sesungguhnya boleh memberikan kekayaan kepada negara justru boleh meningkatkan lagi taraf hidup . Sesungguhnya seorang pegawai kerajaan seharusnya bersama memberi khidmat dan membantu pihak swasta kerana 45% pendapatan pihak swasta itu tadi akan di ambil oleh kerajaan didalam bentuk cukai pendapatan . Lebih banyak pembangunan maka lebih tinggi lagi pendapatan rakyat sesuatu negara itu .

Selepas berucap satu sessi dialog bersama Tun di jalankan . Begitu bersemangat pegawai pegawai muda PTD ini bertanya soalan . Namun demikian penulis agak kecewa sedikit dengan soalan soalan yang di tanya kan . Soalan soalan itu bukan sahaja tidak ' current ' tetapi sudah terlalu sering di tanya .Risau juga penulis kalau kualiti PTD muda ini begini . Penguasaan bahasanya juga tidak mantap , samaada bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia  .

Sempat  penulis berjumpa Dato' Zaini dan mengucapkan tahniah kepada beliau di atas pelancaran buku beliau yang di lancarkan oleh Tun M selesai sahaja sessi dialog itu tadi . Penulis memang mengkagumi Dato' Zaini di atas tulisan tulisan berani ,ikhlas dan provokatif beliau didalam rencana
'cuit' yang keluar setiap hari rabu didalam Utusan Malaysia . Secara peribadi beliau adalah seorang Melayu yang sangat patriotis terhadap bangsanya ! Berani penulis menyatakan beliau adalah individu Melayu yang paling patriotis yang pernah penulis temui . Melalui beliau juga penulis mengenali  beberapa individu dan politikus Melayu Kontraversi .

Jam sudah melepasi 5 petang dan seorang lagi sahabat penulis saudara Razak Ghouse ia itu seorang pengarang dari Berita Harian yang datang bersama penulis yang di tumpangkan dari Masjid Negara telah tidak dapat di temui , mungkin beliau minum bersama Tun M atau bergegas balik ke Gombak untuk mengelakkan kesesakan lalulintas .

Monday 4 March 2013

Patriotisma lawan Politiking melampau

Hari sudah melepasi tengah malam dan penulis baru balik dari satu sessi perbincangan dengan jentera PDM ( Pusat Daerah Mengundi ) yang telah menjemput penulis . Rasa mengantuk begitu terasa namun penulis ingin memberikan sedikit pandangan terhadap tajuk diatas .

Ramai yang tersentak diatas kenyataan Tian Chua yang telah di keluarkan setelah menerima berita kematian 2 anggota polis kita didalam menentang pencerobohan bersenjata tentera Sultan Sulu. Kenyataan Tian Chua yang mengaitkan kematian ini dengan sendiwara politik UMNO amat mengejutkan banyak pihak termasuk anggota parti Tian Chua sendiri .

Sebagai rakyat Malaysia dan Ahli Parlimen beliau tidak patut langsung mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan banyak pihak terutama keluarga si mati . Namun begitu umum pun sudah tahu sikap wakil2 rakyat Pembangkang yang didalam banyak peristiwa kelihatan nya tidak ' Patriotis' terhadap negara ini . Satu ketika dahulu puak ini juga mahu mempermainkan jalur gemilang semasa di ambang menyambut hari kemerdekaan untuk tahun 2012 , malah mahu menukarnya dengan bendera Nusantara .

Apabila politiking sudah melampau ini lah jadi nya .Setiap peristiwa di negara ini di kaitkan dengan politik mencemuh , mencaci sehingga ianya kelihatan seolah olah gulongan ini bertindak seperti  penderhaka atau pengkhianat.

Ramai yang berpendapat dan penulis amat bersetuju bahawa soal keselamatan jangan sekali kali di politikkan . Kalau ada yang berbuat demikian tindakan tegas harus di ambil ! Hukuman setimpal  dan selari dengan undang2 negara harus di ambil . Budaya negatif ini akan hanya memberi tauladan yang tidak baik kepada gulongan muda terutama generasi Y.

Penulis amat kagum dengan patriotisma rakyat Indonesia terhadap negaranya . Tanpa mengira perbedaan fahaman politik mereka kesemua terlalu patriotis  walaupun dari Agama dan Suku Kaum yang berlainan . Sehingga orang Indonesia yang berbangsa Cina juga akan menggunakan Bahasa Indonesia apabila berbicara dengan kaum keluarga atau teman sebangsa . Terlalu Patriotis mereka dengan bahasa resmi negara mereka .

Hatta di Amerika Sharikat pun rakyat negara ini amat Patriotis  . Ini dapat penulis rasakan kerana penulis pernah belajar di US semasa era perang dingin US dengan Soviet Union . Walau pun mereka Republikan atau Demokrat apabila soal keselamatan negara mereka suara mereka adalah satu dan padu !

Sesuatu harus di lakukan didalam menangani isu patriotisma yang telah menurun  ini . Adakah pembelajaran di sekolah rendah , menengah atau universiti telah mengabaikan perkara besar ini . . . . !
Untuk wakil rakyat tanpa mengira dari mana parti sekali pun mestilah di kursuskan kembali soal patriotisma ini .

Janganlah di sebabkan  politiking yang melampau kita menidakkan pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban didalam mempertahankan negara !

Berbalik dengan isu pencerobohan bersenjata tentera Sulu tadi , lapuran lapuran risik tentera Filipina yang mengaitkan pemimpin pembangkang seperti yang di lapurkan didalam media perdana dan elektronik hendaklah di siasat secara terperinci dan hasilnya perlu di dedahkan kepada rakyat Malaysia . Kita tidak mahu ada pengkhianatan terancang oleh rakyat negara ini sendiri !

Tuesday 26 February 2013

GILA NYA NAK JADI CALUN PRU 13

'Gila . .  gila . . . gila '. . . . itulah yang di ungkapkan oleh seorang kenalan yang sedang duduk bersama penulis dan 2 orang yang lain di warung kopi di pinggir ibu negara  . 'Mana tak gila ' sambungnya 'yang benar benar gila dan dah di cop gila juga berhajat jadi calun '. Penulis hanya tersenyum lebar melihat telatah kawan tadi . ' Ha ha ha . . . . . . kalau mereka itu merasakan diri nya ' winnable '  apa masaalah nya ' . . . . sampuk saya ringkas . Senario yang di perkatakan tadi saya percaya berlaku di mana mana jua  di Malaysia ketika ini apabila bahang PRU 13 sudah begitu amat terasa.

Kalau di analisa apa yang menyebabkan begitu ramai sekali yang begitu ' gila ' nak jadi calun . Glamour , mendapat gelaran ' YB atau Dato' , membuat kekayaan secara menyalah gunakan  kuasa atau rasuah dan ada juga menggunakan kedudukan ini sebagai platform untuk menambah isteri maupun teman teman wanita tersembunyi ada lah merupakan ciri ciri stigma terhadap wakil rakyat yang menjadi tarikan. Kalau di tanya di khalayak ramai mereka akan menjawab secara hipokrit konon nya nak membela rakyat , berjuang untuk Agama , bangsa dan Tanahair . . . bla bla . . . lagi . . .  begitu ideal jawapan nya ! . Mungkin juga didalam peratus yang kecil ada yang benar benar tulin .
Mereka mereka yang disebutkan diatas apabila tidak tercapai hasrat dan tujuan maka akan jadi kecewa yang amat sangat . Ada yang mensabotaj dan ada juga yang melompat parti . Sudah mula kedengaran amaran amaran ini . . . . Malah yang geli nya ada yang ingin mengamuk ! Macam macam sudah amaran dari pemimpin tertinggi parti namun tidak berkesan . Mereka hanya angguk di hadapan dan di belakang perkara sebaliknya akan di lakukan .

Memandangkan kerjaya menjadi wakil rakyat ini begitu sengit persaingannya maka eluklah di cari kaedah penapisannya .Pandangan penulis dizaman yang serbu maju lagi mencabar ini mencari calun yang 'winnable' sahaja tidak mencukupi . Calun yang ' capable' dan mempunyai keperibadian yang sesuai sebagai wakil rakyat adalah penting .Calun calun yang melepasi kriteria asas dan 'winnable' hendaklah di temuduga , di lihat personaliti nya dengan mendalam disamping menteliti kelulusan akademik yang tidak di palsukan . Kebolehan berkomunikasi serta tahap kesihatan yang baik dengan disahkan oleh pakar perubatan juga amat penting . Ujian integriti juga harus di lakukan kerana pemimpin yang tidak berintegriti akan memusnahkan dirinya dan parti yang memilihnya . Ujian mental dan psikologi juga sangat penting kerana ada juga diantara mereka  yang kesiuman nya di ragui terutama didalam keadaan tertekan terpilih sebagai calun .

Selain dari calun yang berintegriti , calun juga mesti bebas rasuah . mereka yang terpalit dengan kes kes rasuah yang telah lalu jangan lagi di beri tempat .

Oleh kerana perebutan untuk menjadi calun ini semakin tegang , ada diantara yang merasakan diri nya berpotensi jadi calun cuba menjatuhkan pemimpin2 lain yang nama nama nya juga di sebut oleh kumpulan2 yang lain . Ada yang di rasakan oleh mesyarakat , seseorang  individu ini tidak layak langsung jadi calun kerana perwatakan nya , cara berpakaian  , cara bercakap , komunikasi dan tingkah laku yang separa siuman berasa 'syok sendiri' sebagai bakal calun . Maka nya orang begini akan menjerit sana dan  sini dan menggunakan facebook menghentam individu individu  lain yang mereka rasakan boleh menghalang cita cita mereka .Walaupun ada yang di hentam itu tidak langsung bercita cita jadi calun atau wakil rakyat cuma aktif didalam gerakkan masyarakat atau NGO dengan tujuan ikhlas untuk membantu tapi oleh kerana prasangka personaliti itu juga di hentam .

Kami mendoakan agar YAB Perdana Menteri mendapat petunjuk tarikh yang sesuai untuk PRU 13 dalam masa yang terdekat ini iaitu selewat lewat nya bulan Jun seterusnya membawa kemenangan besar kepada BN  . Di peringkat akar umbi terlalu ramai yang sudah berangan dan tidak lena malam menunggukan nama mereka di calunkan . . . . Penulis sedar ini lah asam garam politik dan saat yang paling sukar bagi pemimpin tertinggi parti ialah soal memilih calun . Kegilaan yang melampau tanpa sebarang asas dan merit adalah kerja gila ! Suatu formula harus di cari didalam menghadapi masaalah ini di hari hari yang mendatang !