Wednesday 4 November 2015

ISU SENARAI TUJUH PEMIMPIN UMNO NAK DI PECAT


 Zaman ini dimana ramai asyik bergayut pada handphone dan melayari internet sekelip mata saja siapa saja boleh cetuskan khabar angin yang merebak luas.

‘Tembak’ satu cerita,lempar masuk mana-mana whatsapp group maka akan menjalar dengan pantas hingga kerap kali ada kisah orang yang segar bernafas terkejut dia dikhabarkan sudah dikuburkan.
Terbaru paling hangat ialah penyebaran di media sosial senarai tujuh orang pemimpin UMNO konon akan dipecat pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada Rabu,9 September ini.
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya diadakan pada 31 Julai lalu.Namun ia dibatalkan  kerana dikatakan untuk sejukan keadaan selepas rombakan kabinet dibuat.

Rombakan itu agak panas bila melibatkan penguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Macam mana senarai yang disebar tak jadi panas.Ia membariskan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO,Shafie Naib Presiden dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru,Datuk Aziz Sheikh Fadzir,Ketua UMNO Bahagian Kemaman,Datuk Ahmad Said,bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO,Datuk Hamidah Osman dan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar,Sabah,Datuk Jumat Idris.
Jika betul bagai disebar UMNO/BN akan kehilangan empat kerusi Parlimen yakni Muhyiddin di Pagoh, Johor, Shafie di Semporna, Sabah, Aziz di Kulim Bandar Bharu, Kedah dan Jumaat di Sepanggar, Sabah.
Dua kawasan Dewan Undangan Negeri pula Ahmad Said di Kemaman,Terengganu dan Mukhriz di Air Hitam,Kedah.
Sekalipun tidak diketahui siapa yang ‘tembak’ tetapi penyebaran senarai itu telah mencetuskan tandatanya.Betulkah?
Ada yang berkata mana lojiknya cerita yang disebar berasaskan situasai politik semasa.
Dalam pada itu ada juga yang merasa cerita itu sengaja ‘ditembak’ oleh pihak tertentu untuk menghangat suasana dalam UMNO menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Mukhriz pula yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Alor Star Khamis enggan mengulas mengenai kisah kononnya beliau akan dipecat dari parti itu.
Katanya setakat ini beliau sendiri belum dapat apa-apa makluman dari UMNO Pusat mengenai hal berkenaan.
“List ni macam-macam, …tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tak boleh la nak bagi respon.
“Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan UMNO ”katanya.


"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat ( Majkis Tertinggi UNNO )  itu nanti.
“Malah mesyuarat Majlis Tertinggi juga sebenarnya adalah tertutup dan apa saja agenda yang dibincangkan juga tidak perlu dibincangkan umum, jadi saya nasihatkan tidak perlulah sebar khabar angin yang bukan-bukan seperti ini,” katanya.

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil pula ingatkan ahli UMNO tidak terpengaruh dengan penyebaran senarai seumpama itu.
Ketika ditanya mengenainya dalam sidang akhbar selepas Ketua-ketua Wanita UMNO Bahagian adakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC Khamis,beliau berkata,” kalau lihat trend sekarang setiap hari ada senarai baru.”



Gossip mutakhir nama Jamal Yunos dan Syed Ali Alhabshi banyak di perkatakan . Jamal dari UMNO Sungai Besar di katakan banyak dipertikai oleh ahli UMNO akar umbi yang mana tindak tanduk beliau akan menyusahkan UMNO/BN dalam PRU 14 nanti . Gulungan menengah dan berpendidikan dalam UMNO juga kurang  senang dengan kenyataan kenyataan beliau begitu terkebelakang zaman dan tidak cerdik sama sekali .

Sunday 20 September 2015

Penyakit Anjing Gila

Baru baru ini Menteri Pertanian dan Asas Tani telah mengistiharkan negeri Kedah , Perlis dan Pulau Pinang sebagai kawasan Penyakit Anjing Gila . Berita yang memeranjatkan kepada ahli perubatan kerana negara ini sudah di istiharkan bebas Anjing Gila oleh Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) untuk kesekian waktu . Pihak Verterinar telah membuat analisa dimana dari 85 anjing yang di periksa dari kawasan tersebut 25 dari nya mengandungi virus tersebut .

Gigitan anjing gila yang boleh mengtransmisi virus tersebut terhadap manusia bukan sahaja menyebabkan komplikasi saraf yang teruk tetapi juga menyebabkan maut . Walaupun sudah ada antibodi ( immunoglobulin ) dan vaksin untuk rawatan dan pencegahan tetapi keberkesanannya bukan lah seratus peratus dan yang menakutkan ialah adakah ia nya sentiasa ada bekalan nya di hospital hospital dan wad wad kecemasan .

Persoalan nya bagaimana penyakit ini boleh timbul kembali ? Adakah ada anjing anjing liar dari Selatan Thailand yang berkeliaran bolos masuk sempadan negara ini atau adakah ada anjing anjing yang di seludup masuk seperti juga penyeludupan manusia ? Untuk pengetahuan pembaca ,Thailand dan Indonesia masih lagi belum bebas dari penyakit anjing gila .

Didalam dunia kini yang mahukan kecekapan , ketelusan dan urus tadbir yang baik , kerajaan melalui menteri yang berkaitan harus menerangkan bagaimana penyakit anjing gila ini timbul kembali . Timbul nya berbagai penyakit yang berlaku di negara mundur di negara ini bukan sahaja membebankan rakyat tetapi juga kerajaan dan setentu nya bebanan keewangan negara akan bertambah .

Wabak denggi yang menakutkan dengan kadar kematian yang berganda , penyakit batuk kering yang meningkat begitu ketara , keracunan makanan yang berlaku begitu kerap dan kini timbul pula penyakit anjing gila . . . . kalau semua ini tidak di tangani ini boleh memberi liabiliti kepada kerajaan . Wallahualam . .

Tuesday 8 September 2015

KELUHAN RAKYAT AKAR UMBI

Tidak di nafikan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan gulungan majoriti menghadapi masaalah kos hidup yang semakin meningkat oleh kerana kejatuhan ringgit dan GST . Tekanan hidup ini di tambah pula parahnya oleh kenyataan para Menteri dan pemimpin UMNO yang memperlekeh realiti dan seolah olah memperbodoh mereka .

Secara beransur rakyat sudah  kembali menyokong YAB Perdana Menteri dan menghurmati usaha beliau yang berterusan untuk memulihkan ekonomi . Rakyat sudah mula nampak keikhlasan beliau .

Selain dari itu organ parti di peringkat bahagian dan cawangan gagal menerangkan keadaan keresahan masa kini kepada ahli parti akar umbi apatah lagi kepada rakyat biasa . Pemimpin parti di peringkat bahagian tidak mempunyai pengetahuan dan fakta untuk menepis tuduhan negatif dan keluhan rakyat di kedai kedai kopi , pasar dan di majlis majlis keramaian .
Rakyat akar umbi langsung tidak mahu mendengar komen dari Ahmad Maslan ia itu Ketua Penerangan UMNO . Mereka seolah olah bukan sahaja sudah hilang hormat terhadap beliau malah menganggap beliau seorang yang terlalu ' arrogant ' . Ini sebenar nya satu liabiliti kepada UMNO yang terus mengundang persepsi negatif .

Saya kira komunikasi pemimpin kepada rakyat adalah sesuatu yang harus di ambil tindakan segera oleh YAB Perdana Menteri . Sekiranya ini tidak di lakukan kepercayaan rakyat akan terus pudar dan akan menjadi sukar di pulihkan .