Friday 8 March 2013

Membangun Negara - Perspektif Tun M

Jam baru menunjukkan 7:30 pagi , tanggal 6 Mac  penulis yang berbaring kembali setelah solat subuh di kejutkan dengan deringan telifon tangan yang diletak di meja tepi sebelah katil . Agak berdebar juga penulis kerana jarang menerima panggilan telifon di awal pagi begini . . . khuatir kalau ada berita kematian atau kecemasan di kalangan saudara terdekat . Rupa rupa nya ia adalah panggilan dari sahabat yang bernama Dato' Zaini Hasan seorang pengarang kanan dari Utusan Melayu yang begitu di kenali . Datuk Zaini menelifon saya dengan tujuan untuk menjemput saya didalam pelancaran buku beliau ' Cuit ' pada hari itu jam 2.30 petang .

Penulis sampai agak terlewat kerana kesesakan lalulintas iaitu jam 3 petang dan di waktu itu Tun Mahathir sedang berucap didalam ' Program  Bicara ' yang di anjurkan Biro Tata Negara ( BTN ) . Hadhirin yang datang begitu ramai sehingga dewan auditorium penuh sesak . Saya hanya dapat berdiri . Hadhirin yang hadhir rata rata adalah pegawai Tadbir dan Diplomatik yang masih muda iaitu di bawah umur 35 tahun . Penulis agak kagum dengan ketajaman fikiran dan daya menganalisa yang begitu kuat masih di punyai Tun .

Tun M , menerangkan keperluan mesyuarat post kabinet dan cara mendapatkan kerajaan yang berkesan .Ada beberapa perkara yang perlu di buat didalam memastikan segala yang di putuskan di peringkat kabinet dapat di laksanakan dengan baik . Perkara seperti ' work flow chart ' dan manual procedure dapat mengatasi kurangnya perlaksanaan yang berkesan .Beliau juga menerangkan betapa pentingnya pegawai kerajaan tidak memperlengahkan proses kerana ini boleh menjejaskan pembangunan negara ! Kerjasama pejabat kerajaan dan pihak swasta melalui Malaysia Incorporated sesungguhnya boleh memberikan kekayaan kepada negara justru boleh meningkatkan lagi taraf hidup . Sesungguhnya seorang pegawai kerajaan seharusnya bersama memberi khidmat dan membantu pihak swasta kerana 45% pendapatan pihak swasta itu tadi akan di ambil oleh kerajaan didalam bentuk cukai pendapatan . Lebih banyak pembangunan maka lebih tinggi lagi pendapatan rakyat sesuatu negara itu .

Selepas berucap satu sessi dialog bersama Tun di jalankan . Begitu bersemangat pegawai pegawai muda PTD ini bertanya soalan . Namun demikian penulis agak kecewa sedikit dengan soalan soalan yang di tanya kan . Soalan soalan itu bukan sahaja tidak ' current ' tetapi sudah terlalu sering di tanya .Risau juga penulis kalau kualiti PTD muda ini begini . Penguasaan bahasanya juga tidak mantap , samaada bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia  .

Sempat  penulis berjumpa Dato' Zaini dan mengucapkan tahniah kepada beliau di atas pelancaran buku beliau yang di lancarkan oleh Tun M selesai sahaja sessi dialog itu tadi . Penulis memang mengkagumi Dato' Zaini di atas tulisan tulisan berani ,ikhlas dan provokatif beliau didalam rencana
'cuit' yang keluar setiap hari rabu didalam Utusan Malaysia . Secara peribadi beliau adalah seorang Melayu yang sangat patriotis terhadap bangsanya ! Berani penulis menyatakan beliau adalah individu Melayu yang paling patriotis yang pernah penulis temui . Melalui beliau juga penulis mengenali  beberapa individu dan politikus Melayu Kontraversi .

Jam sudah melepasi 5 petang dan seorang lagi sahabat penulis saudara Razak Ghouse ia itu seorang pengarang dari Berita Harian yang datang bersama penulis yang di tumpangkan dari Masjid Negara telah tidak dapat di temui , mungkin beliau minum bersama Tun M atau bergegas balik ke Gombak untuk mengelakkan kesesakan lalulintas .

No comments:

Post a Comment