Friday 18 November 2011

Pertandingan Golf di kalangan warga Gombak

Pada tanggal 17 hb November yang lalu telah diadakan pertandingan golf di Kelab Golf Tasik Puteri dikalangan warga Gombak . Pertandingan tersebut sungguh meriah kerana disertai oleh ramai warga Gombak terutama gulongan yang telah bersara .

Untuk pertandingan kali ini semua perbelanjaan hadiah dan makan telah di sumbangkan oleh penulis .Pertandingan ini yang dianjurkan oleh Kelab sukan Lembah Keramat telah berjaya mengakrabkan lagi perhubungan dikalangan warga Gombak terutama dikalangan mantan pegawai pegawai tinggi kerajaan dan mantan pegawai pegawai tinggi tentera yang begitu ramai menyertai pertandingan ini .

Yang menariknya kebanyakan pemain pemain golf ini adalah terdiri dari mereka mereka yang mempunyai pengalaman yang begitu banyak dalam bidang pentadbiran dan pengendalian organisasi. Mereka juga sedia menyumbang Demi kemajuan masyarakat Gombak . Saya rasa sungguh bertuah bukan sahaja dapat diterima oleh kumpulan ini tetapi juga telah di lantik sebagai penaung.

Didalam pertandingan itu yang mana jamuan makan dan penyampaian hadiah telah di langsungkan di rumah penulis , En Chandran dan kumpulannya telah muncul sebagai Johan . Penglibatan pemain pemain golf dari bangsa Cina Dan India yang tinggal di Gombak juga menampakkan semangat 1 Malaysia yang tulen di peringkat akar umbi .

Monday 7 November 2011

Majlis sambutan Malam Kebudayaan Deepavali

Pada tanggal 5 hb November satu majlis yang dinamakan Malam Kebudayaan Deepavali telah diadakan di Dewan Sri Siantan , Jalan Sg Tua Batu Caves telah di adakan . Majlis telah mendapat sambutan yang sungguh meriah dari kalangan kaum India tempatan . Ia juga di hadhiri oleh penduduk tempatan dari kaum kaum lain .Perasmian majlis telah di lakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ia itu YB Senator Dato' G.Palanivel yang juga merupakan Presiden MIC.
Penganjur majlis ini ialah Gabungan Pertubuhan Pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak .

Berbagai acara kebudayaan telah diadakan termasuklah acara nyanyian , tarian kebudayaan semua kaum dan pertandingan Ratu sari . Sesungguhnya program program demikian telah dapat menarik penglibatan masyarakat dari pelbagai lapisan umur .

Walaupun program demikian bolehlah dikatakan program yang biasa di adakan namun sekiranya diadakan boleh meningkatkan Sillaturrahim yang lebih kukuh di antara penduduk Daerah Gombak seperti yang di nyatakan oleh Pengerusi Gabungan NGO NGO Daerah Gombak ia itu Yang Berbahagia Datuk Dr Rahman Ismail yang mahukan rasa Kekeluargaan yang lebih mantap di kalangan warga Gombak . Sesungguhnya gagasan 1 Malaysia yang di warwarkan oleh YAB Perdana Menteri tidak dilaksanakan di peringkat akar umbi tidak mungkin ianya akan berjaya .

Saya mendapati warga Gombak yang mengambil bahagian didalam majlis ini mempunyai talent yang menakjubkan dan sungguh menghiburkan . Ada yang menggayakan watak MGR , cara nyanyian P. Ramlee malahan ada peserta India yang dapat menyanyikan lagi Mandarin dengan begitu lunak
sekali.Acara pertandingan Ratu sari mendapat tepukan yang sungguh gemuruh sekali .Kelihatan wanita muda yang berbagai kaum menggayakan pakaian tersebut dengan begitu anggun sekali.

Saya rasa begitu puas sekali bila dapat membantu kesejahteraan masyarakat Gombak kearah kehidupan yang lebih harmony di sampling amat terhibur!


Thursday 7 July 2011

MERIT SOSIAL DAN TOLERANSI


Terlalu banyak berita dan cakap cakap tentang kempen ' Bersih ' sehingga ia menggambarkan seolah olah negara ini didalam keadaan yang huru hara. Sebagai rakyat biasa saya dapati keresahan di kalangan rakyat adalah ' real ' dan ada yang menyatakan takut untuk keluar pada tanggal 9hb Julai itu .

Walaupun didalam perlembagaan dengan jelas membenarkan perhimpunan secara aman tetapi kita mengetahui ia boleh bertukar menjadi satu keganasan apabila berlaku provokasi sama ada didalam sesama kumpulan atau kumpulan yang bertentangan, Oleh itu langkah-langkah pencegahan yang dilakukan pihak keselamatan adalah sesuatu yang wajib di lakukan .

SPR telah menawarkan untuk berbincang dan mengkaji mana yang boleh di perbaiki daripada apa yang di tuntut tetapi kumpulan Bersih  menolak nya mentah mentah .
Beribu laporan polis telah di buat oleh NGO NGO dan juga rakyat yang menentang demonstrasi ini maka nya ini adalah sesuatu yang mesti di ambil kira. Ini adalah suara rakyat yang mahukan keadaan kestabilan . Merit sosialnya ada untuk pihak kerajaan bertindak didalam menjaga kepentingan semua.Toleransi yang menjadi pegangan kuat rakyat negara ini mesti terus di jadikan budaya. Penyelesaian secara perundingan dan menggunakan hujah dan fikiran yang waras boleh menylesaikan sesuatu kemelut. Baliklah  ke meja perundingan kerana kita rakyat negara ini mahukan keamanan dan hidup harmoni bersama didalam  satu keluarga Malaysia.










Tuesday 14 June 2011

Sepetang bersama YAB perdana Menteri di Hulu Kelang , Gombak anjuran ' PERTUBUHAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN DAERAH GOMBAK '

Kehadiran yang YAB perdana Menteri ke Hulu Kelang , Gombak pada 10 hb Jun 2011 yang lalu membawa kesan yang sungguh mendalam kepada warga tempatan . Mereka amat menyanjungi sikap YAB Perdana Menteri yang begitu prihatin dengan kehidupan mereka .

Bagi penduduk AU5D mereka bukan sahaja mendapat bersua muka dan bermesra dengan YAB PM tetapi juga telah di hadiahkan dengan surau baru dengan kos RM 2 juta .

Bagi penduduk Cina Kuala Ampang sambutan hangat yang mereka berikan didalam menyambut PM juga telah di beri peruntukan untuk membuat gelanggang basketball berbumbung sejumlah RM 300 ribu .

Jumlah kehadiran program ' walkabout ' YAB PM ini ialah 12 ribu orang . 6 ribu hadir di padang AU5D , 3 ribu di Taman Permata dan Pasaraya Giant dan 3 ribu lagi di kampung Cina Kuala Ampang . Dari segi komposisi kaum Melayu : 7 ribu , Cina 3 ribu , India dan lain lain 2 ribu .Seratus peratus yang hadhir adalah penduduk tempatan .

Didalam ucapan alu aluan Pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak Datuk Dr Rahman Ismail telah menerangkan langkah kearah perpaduan rakyat akar umbi telah di gerakkan dengan penekanan di dalam kebajikan rakyat dan memberi perhatian dan menyelesaikan permasaalahan rakyat .

Ucapan YAB Perdana Menteri selama 40 minit telah berjaya menyuntik semangat kepada warga Gombak yang amat mendahagakannya selama ini .







Wednesday 8 June 2011

Program Lawatan YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak ke Gombak pd 10 Jun 2011 (Jumaat):-

Jadual :-

4.00pm - YAB PM akan sampai di Keramat AU5D
4.10pm - Melawat rumah warga emas di kawasan AU5D
4.35pm - Menunaikan sembahyang Azar di Surau Al-Taqwin, AU5
5.00pm - Penyampaian Ucapan/Amanat di Padang AU5D
- Ucapan aluan YBhg Datuk Dr Rahman Ismail, Pengerusi GABUNGAN
- Ucaptama & Amanat YAB Perdana Menteri Malaysia
5.50pm - Perjumpaan Rakan Facebook YAB PM & Masyarakat Tmn Permata di Pasaraya Giant
6.15pm - Sepetang bersama masyarakat Kuala Ampang
7.00pm - Bertolak dari Kuala Ampang ke Putrajaya
Mari la kita bersama-sama memeriahkan

Thursday 2 June 2011

Mesyuarat bersama pemimpin NGOs Gombak bg kunjungan YAB PM ke Gombak

Lebih 100 ahli GABUNGAN hadir untuk menjayakan Mesyuarat bersempena dengan Lawatan Perdana Menteri Ke Hulu Kelang pada 10 Jun nanti.















Taklimat Program Sepetang Bermesra bersama YAB PM di Gombak bersama Setiausaha Politik YAB PM YBhg Dato Shafei Abdullah

YAB PM Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat lawatan rasmi ke Gombak pd 10 Jun 2011(Jumaat) jam 3pm. Pelbagai program telah diaturkan dan program kemuncak adalah menyampaikan amanat kpd warga Gombak di Padang AU5D Lembah Keramat jam 4pm. Semua warga Malaysia dijemput hadir serta menjayakan program ini


Taklimat Program Sepetang Bermesra bersama YAB PM di Gombak bersama Setiausaha Politik YAB PM YBhg Dato Shafei Abdullah




Tuesday 10 May 2011

MENGERAKKAN GAGASAN 1 MALAYSIA DI PERINGKAT AKAR UMBI

Banyak diperkatakan bahawa hubungan kaum telah melangkah beberapa tapak ke belakang. Di antara bukti yang dikatakan ianya berlaku adalah pola-pola pengundian bukan Melayu terutama kaum Cina yang lebih memihak kepada   Pakatan Rakyat. Keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang  baru lalu menunjukkan  di mana  di kawasan  majoriti  Cina parti DAP telah menang besar dikatakan menguatkan bukti itu lagi. Kebelakangan ini, kemasukkan murid-murid Cina ke Sekolah-sekolah Cina  amat tinggi peningkatan peratusan  dan menyebabkan Sekolah-sekolah Kebangsaan hanya mengandungi murid-murid Melayu.



Ada beberapa perkara  yang sekiranya disenaraikan disini menunjukkan pemisahan kaum ini semakin ketara dan membimbangkan. Apakah usaha pelbagai pihak selama ini tidak mendatangkan hasil walaupun Negara sudah mencapai kemerdekaan  lebih dari setengah abad!

Gagasan 1Malaysia yang digerakkan oleh YAB Perdana  Menteri semenjak memegang tampuk pemerintahan  adalah satu manifesto kerunsingan terhadap perpaduan kaum. Berobjektifkan  Pembentukan Negara Bangsa, ianya diharapkan dapat menguatkan ikatan rakyat yang pelbagai kaum berpadu dibawah konsep Negara Bangsa  iaitu Bangsa Malaysia serta dapat mempertingkatkan patriotism.

Pelbagai usaha dijalankan di peringkat Persekutuan, Kementerian-Kementerian dan  Agensi-Agensi Kerajaan  namun  kesannya tidak begitu memberangsangkan walaupun begitu banyak wang rakyat telah dibelanjakan. Kalau kita amati program-program yang dijalankan bukan sahaja banyak berlaku pembaziran tetapi juga ketirisan yang amat ketara. Rakyat memerhatikan jumlah wang yang dibelanjakan tidak setimpal dengan program malahan tidak setimpal juga dengan impaknya! Adakah ‘Impact Assesment’ pernah dilakukan di setiap program yang dijalankan oleh Badan-Badan Kerajaan ini?


Pada pengamatan saya, untuk  Gagasan 1Malaysia ini menjadi satu realiti, ianya mestilah digerakkan  diperingkat akar umbi melalui usaha rakyat itu sendiri iaitu dengan kerjasama satu  perkumpulan (NGO) dengan NGO yang lain. Pengamatan dan pengalaman saya di dalam  mengerakkan NGO-NGO  di Gombak duduk di bawah  satu bumbung iaitu Persatuan yang dinamakan ‘GABUNGAN NGO’ menampakkan hasil yang sungguh luarbiasa. NGO-NGO yang bernaung terdiri daripada  pelbagai kaum, golongan umur, strata sosial, agama malahan latarbelakang politik, dapat bersama-sama bergerak melakukan aktiviti rakyat sama ada di dalam bentuk perkhidmatan dan kebajikan  yang mana kumpulan sasarnya adalah golongan rakyat yang memerlukan , tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan fahaman politik.

Dikalangan Pemimpin-Pemimpin NGO ini pula terdiri daripada Pemimpin-pemimpin kaum dan masyarakat setempat di susun agar selalau bertemu dan berinteraksi sehingga hubungan mereka menjadi begitu akrab. Sudah ada interaksi dan perhubungan  di antara Imam dan Sami Hindu,sudah ada keakraban antara guru silat dengan Kung Fu Master dan lain-lain contoh yang saya lihat tidak mungkin berlaku sekiranya Negara Bangsa yang dicita-citakan ini digerakkan secara  serius di peringkat akar umbi.




Insyaallah, pada awal bulan Mei  ini, buat pertama kalinya para pemimpin Masyarakat dan NGO daripada pelbagai bangsa, ugama dan latarbelakang akan bermukim  selama 2 hari sambil menguatkan jatidiri  disamping akan berbincang bagi mencari cara terbaik di dalam mengerakkan masyarakat dan seterusnya hidup  secara harmoni seperti sebuah keluarga di Gombak.

Dr Rahman Ismail