Thursday 16 February 2012

Adakah Kuasa Ke 3 ( Third Force ) penentu kepada PRU 13 ?

Kini telah banyak di perkatakan tentang kuasa ke 3 ( third force ) . Ramai juga yang keliru apakah yang di maksudkan kuasa ke 3 ini . Ada juga individu dan pemimpin organisasi atau NGO yang telah ujud atau yang baru di ujudkan mendabik dada serta melaungkan bahawa mereka lah kuasa penentu keputusan piliharaya ke 13 nanti ! Aduh ! untuk pemimpin dan pendukung parti di kedua dua belah pihak saya percaya ini merisaukan . . . . .

Pada pandangan saya Kuasa ke 3 ini bolehlah di takrifkan sebagai " Individu , organsasi ( NGO ) dan institiusi yang mempelopori pandangan tertentu dan menggerakkan massa yang  mempunyai pengaruh dan di terima ramai oleh masyarakat ."  Fenomena ini terjadi di sebabkan timbulnya keraguan terhadap kepimpinan , hala tuju perjuangan dan gerakan massa ( mass movement )  didalam menuntut sesuatu penyelesaian isu .

Kuasa ke 3 ini sebenarnya boleh mempengaruhi gulongan rakyat biasa dan pengundi atas pagar . Umum sudah mengetahui peratusan gulongan atas pagar ini semakin tinggi terutama di kawasan bandar sehingga ada yang menjangkakan di sekitar 50% ke 60%. Oleh itu penting untuk Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat berassosiasi dengan individu atau NGO yang telah di kenalpasti sebagai Kuasa ke 3 ini untuk menyebelahi mereka .

Individu individu yang berpengaruh dari segi pandangan , pendapat dan buah fikirannya yang boleh memberi impak positif ke pada UMNO dan BN ialah seperti Tun Mahathir , Tun daim , Mufti Perak Tan Sri Harussani , Mantan Mufti Johor Dato" haji Noh Gadut , Prof Shamsul Bahari , Prof Sivamurugan , Ustaz Kazim dan lain lain lagi . Diantara NGO  kuasa ke 3 berpihak kepada BN pula adalah seperti Perkasa , GPMS , Majlis Perundingan Melayu , Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam  , PEKIDA , ABIM , Gabungan NGO NGO Malaysia  , Persatuan Seni Bela Diri dan yang terbaru ialah NGO yang ditubuhkan Hasan Ali iaitu JATI .

Di pihak Pakatan Rakyat pula nama nama seperti Prof Aziz Bari , Ambiga Sreenevasan , A Samad Said  , Tan Sri Kadir Sheikh fadzir , Zaid Ibrahim dan lain lain lagi . Raja Petra dulu nya banyak berpihak kepada Pakatan rakyat dan di akhir akhir ini sudah kelihatan neutral dan mengkritik keras kedua dua belah pihak .
NGO pula yang di katakan memihak kepada Pakatan Rakyat ialah BERSIH , Amanah , Solidariti Anak Muda Malaysia , Jingga 3 , Majlis Peguam dan lain lain lagi .

Diantara isu yang di bawa dan di guna untuk mempengaruhi pemikiran rakyat ialah soal Rasuah , ketelusan sistem Piliharaya , kedudukan bangsa Melayu dan Raja raja Melayu , kebebasan mahkamah , kebertanggungjawaban pemimpin , pendidikan , ekonomi , meritokrasi dan yang terbaru ialah soal Akidah .

Dari segi institiusi kesukarelawanan  pula pasukan RELA dan Wataniah juga dua pasukan sukarelawan yang begitu ramai ahli dan boleh memberi sokongan yang mantap kepada Barisan Nasional . Satu lagi pasukan Sukarelawan gulongan muda yang baru di umumkan penubuhan nya yang terdiri dari gulogan muda dan alumni Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara boleh meningkatkan  kecenderongan gulongan muda terhadap Barisan Nasional .
Dari segi realiti nya Kuasa Ke 3 ini juga ujud peringkat akar umbi dan di kawasan kawasan Parlimen . Banyak NGO NGO yang berperanan dan individu berpangaruh di peringkat akar umbi yang boleh memberi kelebihan kepada Barisan Nasional . Namun NGO NGO dan individu ini di pandang sepi oleh pimpinan parti di peringkat Bahagian tambahan pula mereka terlalu sibuk dengan pertelingkahan se sama sendiri didalam rebutan untuk menjadi calun dan kedudukan didalam parti . Di peringkat nasional pun tidak sangat memberi perhatian dan penekanan kepada gulongan ini mungkin segala nya telah di serahkan kepada pimpinan yang lebih bawah iaitu di peringkat negeri dan bahagian . Akhirnya tugas yang di delegasikan ini tidak dilakukan langsung oleh sesiapa . Buktinya gulongan kuasa ke 3 ini tidak dibantu samaada dari segi moral juga keewangan .

Road show atau jelajah Dato' Dr Hassan Ali sedang berjalan rancak . Mesej yang di bawa adalah soal memartabatkan IMR iaitu Islam , Melayu dan Raja ia itu selari dengan perjuangan UMNO . Perjuangan  membetulkan akidah yang terpesung juga menjadi agenda utama beliau . Penulis ada menghadhiri sekali ceramah beliau dan kelihatan nya begitu ramai yang hadhir . Walaubagaimana pun impaknya kepada Barisan Nasional mesti di perhalusi . Ramai yang hadhir untuk mendengar cerita "dari dalam" yang berlaku di dalam PAS .

Pada pandangan penulis sememang nya Kuasa Ke 3 sangat penting peranannya samaada di peringkat DUN , PARLIMEN  maupun NASIONAL  dan ianya boleh merubah keputusan PRU 13 , walau bagaimana pun mereka ini harus di pantau , di awasi , di bantu dan di KOORDINASIKAN! siapakah yang memantau dan mengkoordinasi golongan ini ? Masa masih ada walaupun sudah singkat sekiranya golongan kuasa Ke 3 ini di tadbir urus dengan baik saya tidak nampak bagaimana ia nya tidak boleh membantu BN menang dengan lebih baik di dalam PRU 13 nanti.
             Gambar menunjukkan salah satu program  Kesihatan GABUNGAN NGO
             Gombak untuk Rakyat akar umbi.

               YBhg Datin Paduka Rakibah Manap ( Berbaju Biru),
               salah seorang individu yang masih berpengaruh di Gombak.
                Pemimpin-pemimpin NGO-NGO Gombak selepas
                mesyuarat membincangkan aktiviti rakyat.

              Pemimpin PERKIB (Drs.Mokhtar Ghazali) bersedia
              membantu menggerakkan  masyarakat.