'Gila . . gila . . . gila '. . . . itulah yang di ungkapkan oleh seorang kenalan yang sedang duduk bersama penulis dan 2 orang yang lain di warung kopi di pinggir ibu negara . 'Mana tak gila ' sambungnya 'yang benar benar gila dan dah di cop gila juga berhajat jadi calun '. Penulis hanya tersenyum lebar melihat telatah kawan tadi . ' Ha ha ha . . . . . . kalau mereka itu merasakan diri nya ' winnable ' apa masaalah nya ' . . . . sampuk saya ringkas . Senario yang di perkatakan tadi saya percaya berlaku di mana mana jua di Malaysia ketika ini apabila bahang PRU 13 sudah begitu amat terasa.
Kalau di analisa apa yang menyebabkan begitu ramai sekali yang begitu ' gila ' nak jadi calun . Glamour , mendapat gelaran ' YB atau Dato' , membuat kekayaan secara menyalah gunakan kuasa atau rasuah dan ada juga menggunakan kedudukan ini sebagai platform untuk menambah isteri maupun teman teman wanita tersembunyi ada lah merupakan ciri ciri stigma terhadap wakil rakyat yang menjadi tarikan. Kalau di tanya di khalayak ramai mereka akan menjawab secara hipokrit konon nya nak membela rakyat , berjuang untuk Agama , bangsa dan Tanahair . . . bla bla . . . lagi . . . begitu ideal jawapan nya ! . Mungkin juga didalam peratus yang kecil ada yang benar benar tulin .
Mereka mereka yang disebutkan diatas apabila tidak tercapai hasrat dan tujuan maka akan jadi kecewa yang amat sangat . Ada yang mensabotaj dan ada juga yang melompat parti . Sudah mula kedengaran amaran amaran ini . . . . Malah yang geli nya ada yang ingin mengamuk ! Macam macam sudah amaran dari pemimpin tertinggi parti namun tidak berkesan . Mereka hanya angguk di hadapan dan di belakang perkara sebaliknya akan di lakukan .
Memandangkan kerjaya menjadi wakil rakyat ini begitu sengit persaingannya maka eluklah di cari kaedah penapisannya .Pandangan penulis dizaman yang serbu maju lagi mencabar ini mencari calun yang 'winnable' sahaja tidak mencukupi . Calun yang ' capable' dan mempunyai keperibadian yang sesuai sebagai wakil rakyat adalah penting .Calun calun yang melepasi kriteria asas dan 'winnable' hendaklah di temuduga , di lihat personaliti nya dengan mendalam disamping menteliti kelulusan akademik yang tidak di palsukan . Kebolehan berkomunikasi serta tahap kesihatan yang baik dengan disahkan oleh pakar perubatan juga amat penting . Ujian integriti juga harus di lakukan kerana pemimpin yang tidak berintegriti akan memusnahkan dirinya dan parti yang memilihnya . Ujian mental dan psikologi juga sangat penting kerana ada juga diantara mereka yang kesiuman nya di ragui terutama didalam keadaan tertekan terpilih sebagai calun .
Selain dari calun yang berintegriti , calun juga mesti bebas rasuah . mereka yang terpalit dengan kes kes rasuah yang telah lalu jangan lagi di beri tempat .
Oleh kerana perebutan untuk menjadi calun ini semakin tegang , ada diantara yang merasakan diri nya berpotensi jadi calun cuba menjatuhkan pemimpin2 lain yang nama nama nya juga di sebut oleh kumpulan2 yang lain . Ada yang di rasakan oleh mesyarakat , seseorang individu ini tidak layak langsung jadi calun kerana perwatakan nya , cara berpakaian , cara bercakap , komunikasi dan tingkah laku yang separa siuman berasa 'syok sendiri' sebagai bakal calun . Maka nya orang begini akan menjerit sana dan sini dan menggunakan facebook menghentam individu individu lain yang mereka rasakan boleh menghalang cita cita mereka .Walaupun ada yang di hentam itu tidak langsung bercita cita jadi calun atau wakil rakyat cuma aktif didalam gerakkan masyarakat atau NGO dengan tujuan ikhlas untuk membantu tapi oleh kerana prasangka personaliti itu juga di hentam .
Kami mendoakan agar YAB Perdana Menteri mendapat petunjuk tarikh yang sesuai untuk PRU 13 dalam masa yang terdekat ini iaitu selewat lewat nya bulan Jun seterusnya membawa kemenangan besar kepada BN . Di peringkat akar umbi terlalu ramai yang sudah berangan dan tidak lena malam menunggukan nama mereka di calunkan . . . . Penulis sedar ini lah asam garam politik dan saat yang paling sukar bagi pemimpin tertinggi parti ialah soal memilih calun . Kegilaan yang melampau tanpa sebarang asas dan merit adalah kerja gila ! Suatu formula harus di cari didalam menghadapi masaalah ini di hari hari yang mendatang !
Tuesday, 26 February 2013
Thursday, 16 February 2012
Adakah Kuasa Ke 3 ( Third Force ) penentu kepada PRU 13 ?
Kini telah banyak di perkatakan tentang kuasa ke 3 ( third force ) . Ramai juga yang keliru apakah yang di maksudkan kuasa ke 3 ini . Ada juga individu dan pemimpin organisasi atau NGO yang telah ujud atau yang baru di ujudkan mendabik dada serta melaungkan bahawa mereka lah kuasa penentu keputusan piliharaya ke 13 nanti ! Aduh ! untuk pemimpin dan pendukung parti di kedua dua belah pihak saya percaya ini merisaukan . . . . .
Pada pandangan saya Kuasa ke 3 ini bolehlah di takrifkan sebagai " Individu , organsasi ( NGO ) dan institiusi yang mempelopori pandangan tertentu dan menggerakkan massa yang mempunyai pengaruh dan di terima ramai oleh masyarakat ." Fenomena ini terjadi di sebabkan timbulnya keraguan terhadap kepimpinan , hala tuju perjuangan dan gerakan massa ( mass movement ) didalam menuntut sesuatu penyelesaian isu .
Kuasa ke 3 ini sebenarnya boleh mempengaruhi gulongan rakyat biasa dan pengundi atas pagar . Umum sudah mengetahui peratusan gulongan atas pagar ini semakin tinggi terutama di kawasan bandar sehingga ada yang menjangkakan di sekitar 50% ke 60%. Oleh itu penting untuk Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat berassosiasi dengan individu atau NGO yang telah di kenalpasti sebagai Kuasa ke 3 ini untuk menyebelahi mereka .
Individu individu yang berpengaruh dari segi pandangan , pendapat dan buah fikirannya yang boleh memberi impak positif ke pada UMNO dan BN ialah seperti Tun Mahathir , Tun daim , Mufti Perak Tan Sri Harussani , Mantan Mufti Johor Dato" haji Noh Gadut , Prof Shamsul Bahari , Prof Sivamurugan , Ustaz Kazim dan lain lain lagi . Diantara NGO kuasa ke 3 berpihak kepada BN pula adalah seperti Perkasa , GPMS , Majlis Perundingan Melayu , Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam , PEKIDA , ABIM , Gabungan NGO NGO Malaysia , Persatuan Seni Bela Diri dan yang terbaru ialah NGO yang ditubuhkan Hasan Ali iaitu JATI .
Di pihak Pakatan Rakyat pula nama nama seperti Prof Aziz Bari , Ambiga Sreenevasan , A Samad Said , Tan Sri Kadir Sheikh fadzir , Zaid Ibrahim dan lain lain lagi . Raja Petra dulu nya banyak berpihak kepada Pakatan rakyat dan di akhir akhir ini sudah kelihatan neutral dan mengkritik keras kedua dua belah pihak .
NGO pula yang di katakan memihak kepada Pakatan Rakyat ialah BERSIH , Amanah , Solidariti Anak Muda Malaysia , Jingga 3 , Majlis Peguam dan lain lain lagi .
Diantara isu yang di bawa dan di guna untuk mempengaruhi pemikiran rakyat ialah soal Rasuah , ketelusan sistem Piliharaya , kedudukan bangsa Melayu dan Raja raja Melayu , kebebasan mahkamah , kebertanggungjawaban pemimpin , pendidikan , ekonomi , meritokrasi dan yang terbaru ialah soal Akidah .
Dari segi institiusi kesukarelawanan pula pasukan RELA dan Wataniah juga dua pasukan sukarelawan yang begitu ramai ahli dan boleh memberi sokongan yang mantap kepada Barisan Nasional . Satu lagi pasukan Sukarelawan gulongan muda yang baru di umumkan penubuhan nya yang terdiri dari gulogan muda dan alumni Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara boleh meningkatkan kecenderongan gulongan muda terhadap Barisan Nasional .
Dari segi realiti nya Kuasa Ke 3 ini juga ujud peringkat akar umbi dan di kawasan kawasan Parlimen . Banyak NGO NGO yang berperanan dan individu berpangaruh di peringkat akar umbi yang boleh memberi kelebihan kepada Barisan Nasional . Namun NGO NGO dan individu ini di pandang sepi oleh pimpinan parti di peringkat Bahagian tambahan pula mereka terlalu sibuk dengan pertelingkahan se sama sendiri didalam rebutan untuk menjadi calun dan kedudukan didalam parti . Di peringkat nasional pun tidak sangat memberi perhatian dan penekanan kepada gulongan ini mungkin segala nya telah di serahkan kepada pimpinan yang lebih bawah iaitu di peringkat negeri dan bahagian . Akhirnya tugas yang di delegasikan ini tidak dilakukan langsung oleh sesiapa . Buktinya gulongan kuasa ke 3 ini tidak dibantu samaada dari segi moral juga keewangan .
Road show atau jelajah Dato' Dr Hassan Ali sedang berjalan rancak . Mesej yang di bawa adalah soal memartabatkan IMR iaitu Islam , Melayu dan Raja ia itu selari dengan perjuangan UMNO . Perjuangan membetulkan akidah yang terpesung juga menjadi agenda utama beliau . Penulis ada menghadhiri sekali ceramah beliau dan kelihatan nya begitu ramai yang hadhir . Walaubagaimana pun impaknya kepada Barisan Nasional mesti di perhalusi . Ramai yang hadhir untuk mendengar cerita "dari dalam" yang berlaku di dalam PAS .
Pada pandangan penulis sememang nya Kuasa Ke 3 sangat penting peranannya samaada di peringkat DUN , PARLIMEN maupun NASIONAL dan ianya boleh merubah keputusan PRU 13 , walau bagaimana pun mereka ini harus di pantau , di awasi , di bantu dan di KOORDINASIKAN! siapakah yang memantau dan mengkoordinasi golongan ini ? Masa masih ada walaupun sudah singkat sekiranya golongan kuasa Ke 3 ini di tadbir urus dengan baik saya tidak nampak bagaimana ia nya tidak boleh membantu BN menang dengan lebih baik di dalam PRU 13 nanti.
Gambar menunjukkan salah satu program Kesihatan GABUNGAN NGO
Gombak untuk Rakyat akar umbi.
YBhg Datin Paduka Rakibah Manap ( Berbaju Biru),
salah seorang individu yang masih berpengaruh di Gombak.
Pemimpin-pemimpin NGO-NGO Gombak selepas
mesyuarat membincangkan aktiviti rakyat.
Pemimpin PERKIB (Drs.Mokhtar Ghazali) bersedia
membantu menggerakkan masyarakat.

Friday, 18 November 2011
Pertandingan Golf di kalangan warga Gombak
Pada tanggal 17 hb November yang lalu telah diadakan pertandingan golf di Kelab Golf Tasik Puteri dikalangan warga Gombak . Pertandingan tersebut sungguh meriah kerana disertai oleh ramai warga Gombak terutama gulongan yang telah bersara .
Untuk pertandingan kali ini semua perbelanjaan hadiah dan makan telah di sumbangkan oleh penulis .Pertandingan ini yang dianjurkan oleh Kelab sukan Lembah Keramat telah berjaya mengakrabkan lagi perhubungan dikalangan warga Gombak terutama dikalangan mantan pegawai pegawai tinggi kerajaan dan mantan pegawai pegawai tinggi tentera yang begitu ramai menyertai pertandingan ini .
Yang menariknya kebanyakan pemain pemain golf ini adalah terdiri dari mereka mereka yang mempunyai pengalaman yang begitu banyak dalam bidang pentadbiran dan pengendalian organisasi. Mereka juga sedia menyumbang Demi kemajuan masyarakat Gombak . Saya rasa sungguh bertuah bukan sahaja dapat diterima oleh kumpulan ini tetapi juga telah di lantik sebagai penaung.
Didalam pertandingan itu yang mana jamuan makan dan penyampaian hadiah telah di langsungkan di rumah penulis , En Chandran dan kumpulannya telah muncul sebagai Johan . Penglibatan pemain pemain golf dari bangsa Cina Dan India yang tinggal di Gombak juga menampakkan semangat 1 Malaysia yang tulen di peringkat akar umbi .

Monday, 7 November 2011
Majlis sambutan Malam Kebudayaan Deepavali
Pada tanggal 5 hb November satu majlis yang dinamakan Malam Kebudayaan Deepavali telah diadakan di Dewan Sri Siantan , Jalan Sg Tua Batu Caves telah di adakan . Majlis telah mendapat sambutan yang sungguh meriah dari kalangan kaum India tempatan . Ia juga di hadhiri oleh penduduk tempatan dari kaum kaum lain .Perasmian majlis telah di lakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ia itu YB Senator Dato' G.Palanivel yang juga merupakan Presiden MIC.
Penganjur majlis ini ialah Gabungan Pertubuhan Pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak .
Berbagai acara kebudayaan telah diadakan termasuklah acara nyanyian , tarian kebudayaan semua kaum dan pertandingan Ratu sari . Sesungguhnya program program demikian telah dapat menarik penglibatan masyarakat dari pelbagai lapisan umur .
Walaupun program demikian bolehlah dikatakan program yang biasa di adakan namun sekiranya diadakan boleh meningkatkan Sillaturrahim yang lebih kukuh di antara penduduk Daerah Gombak seperti yang di nyatakan oleh Pengerusi Gabungan NGO NGO Daerah Gombak ia itu Yang Berbahagia Datuk Dr Rahman Ismail yang mahukan rasa Kekeluargaan yang lebih mantap di kalangan warga Gombak . Sesungguhnya gagasan 1 Malaysia yang di warwarkan oleh YAB Perdana Menteri tidak dilaksanakan di peringkat akar umbi tidak mungkin ianya akan berjaya .
Saya mendapati warga Gombak yang mengambil bahagian didalam majlis ini mempunyai talent yang menakjubkan dan sungguh menghiburkan . Ada yang menggayakan watak MGR , cara nyanyian P. Ramlee malahan ada peserta India yang dapat menyanyikan lagi Mandarin dengan begitu lunak
sekali.Acara pertandingan Ratu sari mendapat tepukan yang sungguh gemuruh sekali .Kelihatan wanita muda yang berbagai kaum menggayakan pakaian tersebut dengan begitu anggun sekali.
Saya rasa begitu puas sekali bila dapat membantu kesejahteraan masyarakat Gombak kearah kehidupan yang lebih harmony di sampling amat terhibur!

Thursday, 7 July 2011
MERIT SOSIAL DAN TOLERANSI
Terlalu banyak berita dan cakap cakap tentang kempen ' Bersih ' sehingga ia menggambarkan seolah olah negara ini didalam keadaan yang huru hara. Sebagai rakyat biasa saya dapati keresahan di kalangan rakyat adalah ' real ' dan ada yang menyatakan takut untuk keluar pada tanggal 9hb Julai itu .
Walaupun didalam perlembagaan dengan jelas membenarkan perhimpunan secara aman tetapi kita mengetahui ia boleh bertukar menjadi satu keganasan apabila berlaku provokasi sama ada didalam sesama kumpulan atau kumpulan yang bertentangan, Oleh itu langkah-langkah pencegahan yang dilakukan pihak keselamatan adalah sesuatu yang wajib di lakukan .
SPR telah menawarkan untuk berbincang dan mengkaji mana yang boleh di perbaiki daripada apa yang di tuntut tetapi kumpulan Bersih menolak nya mentah mentah .
Beribu laporan polis telah di buat oleh NGO NGO dan juga rakyat yang menentang demonstrasi ini maka nya ini adalah sesuatu yang mesti di ambil kira. Ini adalah suara rakyat yang mahukan keadaan kestabilan . Merit sosialnya ada untuk pihak kerajaan bertindak didalam menjaga kepentingan semua.Toleransi yang menjadi pegangan kuat rakyat negara ini mesti terus di jadikan budaya. Penyelesaian secara perundingan dan menggunakan hujah dan fikiran yang waras boleh menylesaikan sesuatu kemelut. Baliklah ke meja perundingan kerana kita rakyat negara ini mahukan keamanan dan hidup harmoni bersama didalam satu keluarga Malaysia.
Tuesday, 14 June 2011
Sepetang bersama YAB perdana Menteri di Hulu Kelang , Gombak anjuran ' PERTUBUHAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN DAERAH GOMBAK '
Kehadiran yang YAB perdana Menteri ke Hulu Kelang , Gombak pada 10 hb Jun 2011 yang lalu membawa kesan yang sungguh mendalam kepada warga tempatan . Mereka amat menyanjungi sikap YAB Perdana Menteri yang begitu prihatin dengan kehidupan mereka .
Bagi penduduk AU5D mereka bukan sahaja mendapat bersua muka dan bermesra dengan YAB PM tetapi juga telah di hadiahkan dengan surau baru dengan kos RM 2 juta .
Bagi penduduk Cina Kuala Ampang sambutan hangat yang mereka berikan didalam menyambut PM juga telah di beri peruntukan untuk membuat gelanggang basketball berbumbung sejumlah RM 300 ribu .
Jumlah kehadiran program ' walkabout ' YAB PM ini ialah 12 ribu orang . 6 ribu hadir di padang AU5D , 3 ribu di Taman Permata dan Pasaraya Giant dan 3 ribu lagi di kampung Cina Kuala Ampang . Dari segi komposisi kaum Melayu : 7 ribu , Cina 3 ribu , India dan lain lain 2 ribu .Seratus peratus yang hadhir adalah penduduk tempatan .
Didalam ucapan alu aluan Pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak Datuk Dr Rahman Ismail telah menerangkan langkah kearah perpaduan rakyat akar umbi telah di gerakkan dengan penekanan di dalam kebajikan rakyat dan memberi perhatian dan menyelesaikan permasaalahan rakyat .
Ucapan YAB Perdana Menteri selama 40 minit telah berjaya menyuntik semangat kepada warga Gombak yang amat mendahagakannya selama ini .

Friday, 10 June 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)