Sunday 20 September 2015

Penyakit Anjing Gila

Baru baru ini Menteri Pertanian dan Asas Tani telah mengistiharkan negeri Kedah , Perlis dan Pulau Pinang sebagai kawasan Penyakit Anjing Gila . Berita yang memeranjatkan kepada ahli perubatan kerana negara ini sudah di istiharkan bebas Anjing Gila oleh Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) untuk kesekian waktu . Pihak Verterinar telah membuat analisa dimana dari 85 anjing yang di periksa dari kawasan tersebut 25 dari nya mengandungi virus tersebut .

Gigitan anjing gila yang boleh mengtransmisi virus tersebut terhadap manusia bukan sahaja menyebabkan komplikasi saraf yang teruk tetapi juga menyebabkan maut . Walaupun sudah ada antibodi ( immunoglobulin ) dan vaksin untuk rawatan dan pencegahan tetapi keberkesanannya bukan lah seratus peratus dan yang menakutkan ialah adakah ia nya sentiasa ada bekalan nya di hospital hospital dan wad wad kecemasan .

Persoalan nya bagaimana penyakit ini boleh timbul kembali ? Adakah ada anjing anjing liar dari Selatan Thailand yang berkeliaran bolos masuk sempadan negara ini atau adakah ada anjing anjing yang di seludup masuk seperti juga penyeludupan manusia ? Untuk pengetahuan pembaca ,Thailand dan Indonesia masih lagi belum bebas dari penyakit anjing gila .

Didalam dunia kini yang mahukan kecekapan , ketelusan dan urus tadbir yang baik , kerajaan melalui menteri yang berkaitan harus menerangkan bagaimana penyakit anjing gila ini timbul kembali . Timbul nya berbagai penyakit yang berlaku di negara mundur di negara ini bukan sahaja membebankan rakyat tetapi juga kerajaan dan setentu nya bebanan keewangan negara akan bertambah .

Wabak denggi yang menakutkan dengan kadar kematian yang berganda , penyakit batuk kering yang meningkat begitu ketara , keracunan makanan yang berlaku begitu kerap dan kini timbul pula penyakit anjing gila . . . . kalau semua ini tidak di tangani ini boleh memberi liabiliti kepada kerajaan . Wallahualam . .

No comments:

Post a Comment