Tidak di nafikan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan gulungan majoriti menghadapi masaalah kos hidup yang semakin meningkat oleh kerana kejatuhan ringgit dan GST . Tekanan hidup ini di tambah pula parahnya oleh kenyataan para Menteri dan pemimpin UMNO yang memperlekeh realiti dan seolah olah memperbodoh mereka .
Secara beransur rakyat sudah kembali menyokong YAB Perdana Menteri dan menghurmati usaha beliau yang berterusan untuk memulihkan ekonomi . Rakyat sudah mula nampak keikhlasan beliau .
Selain dari itu organ parti di peringkat bahagian dan cawangan gagal menerangkan keadaan keresahan masa kini kepada ahli parti akar umbi apatah lagi kepada rakyat biasa . Pemimpin parti di peringkat bahagian tidak mempunyai pengetahuan dan fakta untuk menepis tuduhan negatif dan keluhan rakyat di kedai kedai kopi , pasar dan di majlis majlis keramaian .
Rakyat akar umbi langsung tidak mahu mendengar komen dari Ahmad Maslan ia itu Ketua Penerangan UMNO . Mereka seolah olah bukan sahaja sudah hilang hormat terhadap beliau malah menganggap beliau seorang yang terlalu ' arrogant ' . Ini sebenar nya satu liabiliti kepada UMNO yang terus mengundang persepsi negatif .
Saya kira komunikasi pemimpin kepada rakyat adalah sesuatu yang harus di ambil tindakan segera oleh YAB Perdana Menteri . Sekiranya ini tidak di lakukan kepercayaan rakyat akan terus pudar dan akan menjadi sukar di pulihkan .
No comments:
Post a Comment