Friday 18 November 2011

Pertandingan Golf di kalangan warga Gombak

Pada tanggal 17 hb November yang lalu telah diadakan pertandingan golf di Kelab Golf Tasik Puteri dikalangan warga Gombak . Pertandingan tersebut sungguh meriah kerana disertai oleh ramai warga Gombak terutama gulongan yang telah bersara .

Untuk pertandingan kali ini semua perbelanjaan hadiah dan makan telah di sumbangkan oleh penulis .Pertandingan ini yang dianjurkan oleh Kelab sukan Lembah Keramat telah berjaya mengakrabkan lagi perhubungan dikalangan warga Gombak terutama dikalangan mantan pegawai pegawai tinggi kerajaan dan mantan pegawai pegawai tinggi tentera yang begitu ramai menyertai pertandingan ini .

Yang menariknya kebanyakan pemain pemain golf ini adalah terdiri dari mereka mereka yang mempunyai pengalaman yang begitu banyak dalam bidang pentadbiran dan pengendalian organisasi. Mereka juga sedia menyumbang Demi kemajuan masyarakat Gombak . Saya rasa sungguh bertuah bukan sahaja dapat diterima oleh kumpulan ini tetapi juga telah di lantik sebagai penaung.

Didalam pertandingan itu yang mana jamuan makan dan penyampaian hadiah telah di langsungkan di rumah penulis , En Chandran dan kumpulannya telah muncul sebagai Johan . Penglibatan pemain pemain golf dari bangsa Cina Dan India yang tinggal di Gombak juga menampakkan semangat 1 Malaysia yang tulen di peringkat akar umbi .

Monday 7 November 2011

Majlis sambutan Malam Kebudayaan Deepavali

Pada tanggal 5 hb November satu majlis yang dinamakan Malam Kebudayaan Deepavali telah diadakan di Dewan Sri Siantan , Jalan Sg Tua Batu Caves telah di adakan . Majlis telah mendapat sambutan yang sungguh meriah dari kalangan kaum India tempatan . Ia juga di hadhiri oleh penduduk tempatan dari kaum kaum lain .Perasmian majlis telah di lakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ia itu YB Senator Dato' G.Palanivel yang juga merupakan Presiden MIC.
Penganjur majlis ini ialah Gabungan Pertubuhan Pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak .

Berbagai acara kebudayaan telah diadakan termasuklah acara nyanyian , tarian kebudayaan semua kaum dan pertandingan Ratu sari . Sesungguhnya program program demikian telah dapat menarik penglibatan masyarakat dari pelbagai lapisan umur .

Walaupun program demikian bolehlah dikatakan program yang biasa di adakan namun sekiranya diadakan boleh meningkatkan Sillaturrahim yang lebih kukuh di antara penduduk Daerah Gombak seperti yang di nyatakan oleh Pengerusi Gabungan NGO NGO Daerah Gombak ia itu Yang Berbahagia Datuk Dr Rahman Ismail yang mahukan rasa Kekeluargaan yang lebih mantap di kalangan warga Gombak . Sesungguhnya gagasan 1 Malaysia yang di warwarkan oleh YAB Perdana Menteri tidak dilaksanakan di peringkat akar umbi tidak mungkin ianya akan berjaya .

Saya mendapati warga Gombak yang mengambil bahagian didalam majlis ini mempunyai talent yang menakjubkan dan sungguh menghiburkan . Ada yang menggayakan watak MGR , cara nyanyian P. Ramlee malahan ada peserta India yang dapat menyanyikan lagi Mandarin dengan begitu lunak
sekali.Acara pertandingan Ratu sari mendapat tepukan yang sungguh gemuruh sekali .Kelihatan wanita muda yang berbagai kaum menggayakan pakaian tersebut dengan begitu anggun sekali.

Saya rasa begitu puas sekali bila dapat membantu kesejahteraan masyarakat Gombak kearah kehidupan yang lebih harmony di sampling amat terhibur!